dear blog..
entry kali nie hanya utk mengingatkan diri sendiri shj..harap maklum..
teringat satu kata2 yg mengatakan "semulia2 manusia adalah siapa yg mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"~Khalifah Abdul Malik bin Marwan..
well,ayat nie sgt2 bermakna dan byk maksud yg tersurat dan tersirat sebenarnya..
kenapa manusia mudah lupa?? kenapa manusia mudah lupa bila ada pangkat, harta dan kecantikkan??
hmm..mmg betullah manusia akan mudah lupa bila dia ada 3perkara iaitu harta, pangkat a.k.a kedudukan dan perempuan bg lelaki..
apa yg penting sgt dgn pangkat tu?? mati ke kalo xde pangkat or harta segunung??
rasanya tidak.. kita masih boleh hidup walaupun xde harta yg menggunung tinggi dan kuasa veto yg dimiliki.
dulu org tua2 selalu ckp, nnt dah besar barulah aku paham apa itu erti hidup yg sebenarnya..
aku xkan paham erti hidup kalo aku xexplore dunia nie..aku xkenal lg dunia nie..hmm..aku rasa aku dah paham cket2 dan dah boleh nampak sendiri bila umur makin meningkat dewasa nie..
berhijrah dan menumpang di tempat org nie bg aku byk pengalaman sebenarnya..mcm2 org aku jumpa walaupun byk lagi ragam yg aku xjumpa lg sebenarnya sebab aku pun baru je belajar di tempat org nie..well,kata org jauh perjalanan luas pemandangan tambah pengalaman kan..
so,mmg betullah..byk sgt pengalaman yg aku dah dpt sebenarnya walaupun xla mcm org lain yg dah berpuluh2 tahun or beratus2 tahun hidup..aku pun baru je bernafas di muka bumi milik ALLAH nie selama 19tahun++ nearly to 20..hihihi.. :p
cuma terfikir,kenapa manusia sering salah gunakan kuasa yg mereka ada??
kenapa manusia selalu mendiskriminasikan org lain?? kenapa manusia sering menggunakan kuasa yg ada utk menindas org lain?? kenapa manusia tidak menggunakn kuaSa yg ada utk membela nasib org lain tapi hanya menggunakan kuasa utk kepentingan sendiri??
kenapa dan mengapakah ini terjadi???? im wondering n wondering.. =.=
nie bknlah issue politik..issue nie berlaku didepan mata kepala sendiri dan membuatkan aku terfikir mengapakah manusia2 sebegini wujud?? adakah perlu berbangga dgn kuasa dan pangkat yg dimiliki?? adakah kerana anda mempunyai kuasa anda boleh menindas org lain???
kenapa juga manusia skrg terlalu mengejar pangkat dan kedudukan?? sebab nak glamour?? sebab nak dikenali?? sebab nak dipandang tinggi oleh org lain??
hurm..kata pepatah,rambut sama hitam tp hati lain2..eh..cop2..zaman skrg nie relevan lg ke pepatah nie?? mcm x je sebab rambut org skrg bkn hitam..dah macam2 kaler dah..HAHAHA..
ahhh...xkisahlah sume tu yg penting zaman skrg nie susah nak cari org yg jujur dan telus sebenarnyakan..semua org hanya menjaga kepentingan sendiri dari org lain..mungkin ada yg masih lg jujur dan telus tapi sangat2 susah utk dijumpai skrg..hehehe...
so,konklusinya..gunalah pangkat,kuasa,kedudukan dan harta dgn sebaik mungkin..ingatlah di mana asal usul anda..janganlah mudah lupa diri..kekayaan,kedudukan,kuasa,pangkat itu xboleh di bawak ke liang lahad nnt tapi sebaliknya anda akan disoal nnt..
PEACE NO WAR :D
*renung2kan dan selamat beramal* ;-)
No comments:
Post a Comment